Jumaat, 22 Mei 2009

sang kancil jadi hakim




Dua anak yatim kurus sedang kelaparan. Mereka duduk di dapur untuk menghidu masakan di sebuah kedai makan. Tidak berapa lama dua anak yatim itu menjadi gemuk dengan menghidu masakan tukang masak. Tukang masak meminta dua anak yatim itu membayar bau masakan yang menyebabkan mereka gemuk. Dua anak yatim tidak mampu untuk membayar harga bau masakan itu. Dua anak yatim meminta pertolongan sang kancil untuk menyelesaikan masalah itu. Sang kancil telah memanggil dua anak yatim dan tukang masak itu untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sebagai hakim, sang kancil telah mencampakkan duit syiling sebanyak harga yang diminta oleh tukang masak. Bunyi syiling yang dicampakkan itu adalah sebagai bayaran bau masakan yang dihidu oleh dua anak yatim itu.

Cerita ini sebagai pengajaran kepada masayarakat.